Wednesday, September 03, 2008

KREW "SINGGAH SAHUR" DI UniMAP

2 Sept 2008 - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), semalam menerima kejutan daripada krew ‘Singgah Sahur’ yang singgah di Kolej Kediaman UniMAP di Kampung Wai Kuala Perlis.

Mereka mencipta kejutan apabila memilih untuk singgah bersahur bersama – sama warga UniMAP selepas melakukan rakaman di Sik Kedah dalam penjelajahan ke seluruh Malaysia bagi melengkapkan rakaman program terbitan Media Prima Sdn. Bhd itu.

Lebih menarik lagi apabila Naib Canselor UniMAP, Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin turut mereka menyertai bagi mengejutkan para pelajar yang nyenyak tidur di kolej kediaman tersebut untuk bersama - sama bersahur.

Program tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai utama UniMAP, kakitangan UniMAP, dan juga selebriti TV3 iaitu Ally Iskandar Mohd Mardzi dan juga Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain.

Program ‘Singgah Sahur’ yang telah pun memasuki musim keempat itu, mula menemui penontonnya di setiap bulan Ramadhan Al – Mubarak sejak 2004 lagi.

0 comments: